Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 6 Disember 2012

Pekak & Bisu

fromNor Liana Omar milord78@gmail.com
toAmir GISB <hamzah125@gmail.com>

dateThu, May 26, 2011 at 6:34 AM
subjectPekak dan Bisu
mailed-bygmail.com
signed-bygmail.com
hide details 6:34 AM (2 hours ago)

Salam,

Seperti yang dijanjikan. Artikel ringkas semampu mungkin dalam kesibukan membuat persiapan untuk bengkel buku teks, Buku Isyarat Komunikasi untuk golongan tersebut. Banyak lagi isu yang tidak mampu saya garap dalam teks ringkas ini. Mungkin kita boleh berbincang mengenainya nanti. Sepanjang bengkel, 27 - 31, jika tiada balasan e-mel, boleh telefon/sms saya jika perlu. Harapnya dengan usaha kecil ini mampu memberi sinar kepada mereka dengan izin-Nya, insya-Allah.

Liana0192279396
Penyunting freelance

Isu
1.   Pendidikan
– bagaimana mereka belajar, perselisihan pendapat antara kaedah mengajar, terutamanya dalam masyarakat berbilang kaum
2.   Amalan ibadah harian
– tiada penekanan kursus pada aspek pendidikan agama
3.   Bagaimana mereka menjalani hidup berkeluarga
4.   Kebajikan mereka
– tidak diberi bantuan sama rata seperti OKU lain
5.   Keselamatan
– mereka tidak dengar bunyi hon atau bunyi kenderaan, hanya bergantung kepada deria penglihatan. Malah ada yang memandu kereta sendiri. Ini risiko kepada mereka juga orang lain

Mengenali beberapa anggota masyarakat yang istimewa sedikit masa lalu membuka perspektif baharu dalam melihat kehidupan di dunia fana ini. Tidak semua bertuah dilahirkan sempurna. Ramai lagi yang kurang bernasib baik. Antaranya, individu-individu yang kurang upaya seperti orang pekak dan bisu. Orang pekak ini pula terbahagi kepada beberapa golongan. Ada yang memang dilahirkan pekak dan bisu. Mereka ini langsung tidak boleh mendengar atau bertutur seperti orang normal. Ada pula yang menjadi pekak akibat penyakit atau kemalangan. Jadi, ada yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran dan boleh bertutur, walaupun agak sengau dan adakalanya sukar untuk difahami.

Zahirnya, mereka sama seperti manusia normal yang lain. Tidak nampak kekurangannya. Jika buta atau cacat, kita jelas perasan akan kekurangan mereka, tetapi mereka yang pekak dan bisu tidak begitu. Jika tiada percubaan untuk berinteraksi, pasti kita tidak perasan akan kekurangan diri mereka. Mereka mampu melihat, bebas bergerak ke sana sini, malah lebih aktif bersosial daripada orang normal.

Namun, dunia mereka berbeza. Mereka lihat dunia ini daripada sudut pandangan yang tersendiri. Cara mereka belajar dan memahami hidup juga berbeza. Jika bagi kita, bunyi siaran radio yang rosak itu cukup menjengkelkan, tetapi bagi mereka, itulah nada yang indah. Juga oleh kerana mereka ini bergantung penuh kepada daya penglihatan mereka, jika ternampak memek muka yang mengejek serta tingkah laku tertentu, mereka ini segera tersentuh. Cepat berasa marah dan mudah meradang. Malah, sangat berkecil hati jika merasakan ada yang mentertawakan mereka apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Berkomunikasi dengan mereka juga ada cabarannya. Perlu lebih sabar dan pantas dalam refleks, terutamanya tangan. Pergerakan dan koordinasi isyarat tangan adalah ‘mulut’ bagi mereka. Begitu juga pergerakan atau bahasa badan. Jadi, kita tidak boleh berinteraksi dengan membelakangi mereka. Golongan istimewa ini juga mempunyai bahasa mereka yang unik iaitu bahasa isyarat. Ia merupakan bahasa yang bersifat universal dan boleh difahami oleh semua orang di dunia tanpa mengira negara. Kod dan isyarat yang digunakan adalah standard dan mudah difahami. Cuma perlu sabar dan tekun mempraktiskannya.

Bagi kita yang tidak mahir berbahasa isyarat, boleh menyebut sesuatu perkataan dengan jelas dalam gerakan bibir yang sederhana lajunya agak orang istimewa ini boleh memahami apa yang cuba kita sampaikan. Boleh juga berinteraksi menggunakan pen dan kertas. Ia merupakan medium komunikasi yang paling digemari oleh mereka dengan orang normal.

Dalam perbezaan dan kekurangan diri, mereka tetap manusia biasa, seperti orang lain. Punya naluri dan keinginan. Juga di sinilah konflik timbul, terutamanya bagi mereka yang beragama Islam. Tidak ramai yang beruntung dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan nilai-nilai Islami dalam hidup. Oleh kerana tidak mampu mendengar dan tidak diajar berkenaan hukum hakam dengan sempurna, jadi mereka berpaksikan kepada hukum logik dan lumrah alam. Mereka tidak didedahkan dengan persoalan halal-haram, konsep Tuhan dan ketuhanan serta aspek-aspek agama yang lain. Tidak kurang juga yang mempersoalkan “Mana Tuhan?” apabila ditegur atau diminta beribadah kepada-Nya.

Tidak ramai yang peka dalam hal ini. Guru-guru mata pelajaran khas ini juga berada di dalam dilema, bukan untuk tidak mahu mengajarkan ilmu agama, tetapi terpaksa akur dalam ruang lingkup tugasnya. Juga banyak perkara yang bersifat peribadi seperti kebersihan diri, perihal menjaga maruah (terutamanya wanita), hubungan suami-isteri atau batas-batas pergaulan yang kurang sesuai dibincangkan di dalam kelas.

Tatkala mendengar pelbagai cerita yang kurang enak, hati terasa rawan. Dalam kesempurnaan diri, pun banyak alpa dan beralasan untuk taat kepada-Nya. Apatah lagi orang pekak dan bisu ini. Mereka lagi mencabar. Walaupun mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk beribadah, berapa ramaikah yang tegar melakukannya? Alangkah baiknya jika perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan