Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 19 Julai 2013

Mendorong Penulis Adalah Kerja Editor

Ramai calon penulis berasa keseorangan. Mereka tidak mendapat dorongan daripada sesiapa dan tidak juga mendapat bimbingan sesiapa. Di sini perlunya calon penulis bergaul dengan penulis, atau mendekati mentor untuk mendapatkan dorongan menulis. Menghadiri bengkel dan kursus penulisan adalah antara laluan untuk mendapatkan dorongan menulis. Apabila telah mendapat dorongan langkah seterusnya adalah mula menulis.

Adakah anda pernah mengikuti kursus atau bengkel penulisan? Jika ada atau tidak ada sila komen di ruangan bawah.
Saya bersama Cikgu Khairi Tajudin dan rakannya mengendalikan bengkel penulisan di Kedah.

Dorong dan terus mendorong bakal penulis muda.

Langkah seterusnya adalah menulis.

4 ulasan:

  1. saya pernah menyertai bengkel penulisan kontemporari awal tahun ini.

    BalasPadam
  2. Insya-Allah, doronglah saya selalu.

    BalasPadam
  3. saya sentiasa mencari bengkel penulisan samada percuma atau berbayar (yang mampu) dan saya hadiri seperti yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan (MBKM),DBP,Grup karyawan Luar negara (GKLN),Karangkraf,Jemari Seni dll bermula dari tahun 2010 hingga kini.Semasa berbengkel semangat menggebu-gebu untuk menulis.Kemudian bila balik dan sibuk dengan kerja,semangat tadi mula luntur dan sejuk.Tambahan pula tiada dorongan dari mana-mana pihak.Namun cita-cita untuk menulis dan menghasilkan buku tetap subur di hati.

    BalasPadam
  4. Saya tidak pernah lagi menyertai mana-mana Bengkel penulisan kerana jarak yang jauh.

    BalasPadam