ALHAMDULILLAH
dengan keizinan-Nya saya telah ulang baca e-book '7 Rahsia Karya Diterima
Editor' ini sebanyak tiga kali. Nampaknya sentuhan saudara sahabat saya Tuan
Amir Abd Hamid @ Resha Hamzah tidak mengecewakan saya.
Saya pernah membeli beberapa buah buku dan e-book panduan penulisan, dan
e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' ini memberikan pendekatan berbeza
kerana ia ditulis oleh seorang editor. Malah beliau berpengalaman menerima
pelbagai ragam 'proposal' dan manuskrip daripada penulis dan bakal penulis.
Nak
terima atau tolak?
Persoalan
yang sentiasa berlegar-legar di kepala seorang editor.
Mungkin
persoalan ini tidak bermain-main lagi di fikiran seorang editor apabila
menerima 'proposal' dan manuskrip tuan-tuan yang membaca e-book ini.
Sejujurnya
saya mengesyorkan tuan-tuan yang berminat untuk menghantar hasil karya ke
syarikat penerbitan, sila dapatkan e-book panduan ini kerana ia bakal
memudahkan proses penulisan kita. Insya-Allah.
Kebanyakan perkara-perkara yang
selama ini kita tidak ambil tahu atau tidak tahu, ditulis di dalam e-book panduan
ini.
Terima
kasih dan sekalung tahniah buat Tuan Amir yang berusaha keras menghasilkan
e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' ini.
Semoga
tuan-tuan juga peroleh manfaat.
Jazakallahu
khairan.
Yang Faqir
Wan Zayuhisham Wan Yusoff @ Zayu Hisham
29 Ramadan 1434H
ilhamwan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan