Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 18 September 2013

Tip Penulis - Rajin, Rajin, Rajin

Antara perkara yang disukai oleh editor adalah penulis yang rajin. Rajin dalam erti kata bersedia membantu editor. Penulis perlu faham, tugas penulis selain menulis manuskrip penuh, penulis juga perlu memikirkan bagaimana bukunya mahu dipasarkan dan kenapa orang perlu beli dan baca karya yang dihasilkan.

Justeru editor suka penulis yang rajin buat kajian berkenaan potensi buku di pasaran. Usahakan agar tujuan buku ditulis agar sampai ke tangan penulis.

Selain itu, cari buku-buku sedia ada sebagai pesaing buku yang ingin ditulis. Nyatakan kelainan dan kekuatan buku penulis berbanding buku yang sudah berada di pasaran. Editor kadangkala suka meminta cadangan daripada penulis dari kulit ke kulit berkenaan beberapa perkara iaitu:

1. Kulit depan buku, tajuk, konsep dan lain-lain

2. Blurb belakang buku

3. Layout dalam buku








Tiada ulasan:

Catat Ulasan