Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 28 Ogos 2013

Tuhan Lebih Saintifik: Prolog 1


Tuhan Lebih Saintifik (Dr. Farhan Hadi)

Prolog I  

Manusia Daripada Beruk?

“Jika manusia daripada beruk, siapa yang cipta beruk?”

            “Kamu fikir, siapa?”

            “Tentu sekali Tuhan.”

            “Jadi?”

            “Teori evolusi menyatakan manusia berasal daripada beruk. Kalau ia benar sekalipun, ia masih tidak dapat menyangkal kewujudan Tuhan. Bukankah beruk juga daripada Tuhan?” Zulkarnain  nampak begitu yakin. Semangat pemuda dalam dirinya menyala-nyala. 

Selasa, 27 Ogos 2013

Natrah Fantasia: Bab 1




NATRAH FANTASIA (DISSA AZMIN)
BAB 1 SEMANIS-MANIS GULA

Udara pagi yang segar memenuhi ruang tamu flat di tingkat lima ini. Natrah, Nurul dan Nabil kini bersedia dengan beg di bahu masing-masing. Mak tersenyum sambil menghulurkan wang saku buat anak-anak kesayangannya. Nurul dan Nabil segera menuju ke muka pintu untuk mengenakan kasut sekolah. Sementara Natrah masih di sisi mak, di sofa berbentuk L.

Isnin, 26 Ogos 2013

Mrs. Novelist: Bab 1

Mrs. Novelist (Dissa Azmin)
BAB 1 SURI DI HATI KAMI

Muiz yang memakai jersi bernombor sepuluh itu berlari laju. Penuh aksi bagaikan ahli sukan bertaraf antarabangsa, sambil membawa bola bujur berwarna coklat. Kemudian dia menyepaknya sekuat hati, sehingga melepasi tiang gol berbentuk H. Sepantas itu, sorakan bergema. Bendera sekolah dikibarkan dengan penuh rasa bangga.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Saya Tunggu Awak: Bab 1


Saya Tunggu Awak (Bonda Nor)

BAB 1


“Ada apa-apa soalan lagi?” kata-katanya terhenti seketika sambil matanya meliar memandang seisi kuliah. Tiada respons. “Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, kita berhenti di sini. See you all next week, Insya-Allah. Assalamualaikum.”

Sebaik sahaja Hanna menamatkan kuliahnya pagi itu, serentak kedengaran bunyi hingar-bingar pelajar-pelajar bangun dari kerusi masing-masing. Ada yang terus menderu ke pintu keluar. Ada pula yang bergegas ke pentas mengerumuni Hanna, bertanyakan pelbagai persoalan yang segan hendak ditanyakan di khalayak ramai tadi.

Wow, Coklat Fondue Mia!: Geng Zuhal

Wow, Coklat Fondu Mia! (Nadya Nabila & Mazny M.R.)

BAB SATU: Geng Zuhal

“Aduhai!” Semangkuk mi rebus diletakkan di atas meja.

            “Bagaimana? Cikgu Saleha minta kita beri keputusan sebelum hari Jumaat!”

            Wajah Luna berkerut merenung mi rebus dalam pinggan. Mei Ling yang duduk di sebelah turut menggaru kepala sementara Yaya pula sedang asyik bermain-main dengan penyedut minuman dalam gelas di hadapannya.

Khamis, 22 Ogos 2013

Erti Hidup Pada Memberi



Erti Hidup Pada Memberi adalah himpunan ungkapan inspirasi terpilih daripada buku bestseller Ustaz Hasrizal Abdul Jamil; Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya.

Menghubungkan serangkaian cinta yang sebenar-benar CINTA iaitu cinta kepada Ilahi. Buku yang kecil ini dihiasi dengan 32 halaman berwarna-warni. Selepas beberapa buah buku yang dihasilkan beliau, kali ini beliau tampil dengan buku yang lebih ringan dan mudah dihadam. Ungkapan-ungkapan yang disingkap menjurus kepada pendidikan rohani dan teguran membina.

Boleh dikatakan buku ini adalah untaian kata-kata pengubat jiwa. Menyembuhkan hati yang terluka, merungkai minda yang kusut. Bait-bait yang ditulis memberi seribu pengertian tentang kehidupan. Elemen nasihat dalam kata-kata indah memberi ingatan. Berlapis tanda luhur budi dalam berbicara. Sarat dengan ingatan cinta suami dan isteri serta cinta Allah dan Rasul. Penulis berusaha menggarapkan untaian kata-kata dalam rangkap kata yang boleh menggamit kalbu.

“Sesungguhnya MAWADDAH itu ialah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari.Cinta bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya RAHMAH.” - Hasrizal Abdul Jamil

TESTIMONI

“Seolah-olah rasa sedang berjalan dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan ustaz sedang bercakap-cakap di sebelah. Ungkapan-ungkapan ini boleh dikatakan sebagai nasihat lembut. Seperti dalam kuliah yang selalu ustaz berikan. Tidak terlalu berkias dan sangat senang faham. Kemas, cukup kemas.”
- Khairul Hakimin Muhammad

Sumber: Majalah Anis

Ultimate Frisbee: Bab 1

 
Ultimate Frisbee (Shahkang)

Bab 1

MATAHARI belum pun sampai sejengkal tinggi. Sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam metallic tiba di hadapan Jeti Kuala Perlis lalu memarkir di hadapan kaunter tiket. Fadhly muncul dari pintu belakang bersama beg galas dan bagasi tarik bersaiz sederhana. Seorang lelaki dan wanita 50-an juga muncul dari pintu hadapan. Fadhly bersalaman dengan kedua-duanya dan menguncup lembut tangan mereka, sebelum kedua-duamnya masuk semula ke dalam kenderaan dan berlalu meninggalkan jeti.

Rabu, 21 Ogos 2013

Saya Tunggu Awak: Prolog

 
KLIK SINI
Saya Tunggu Awak (Bonda Nor)

PROLOG

“Assalamualaikum, ustazah. Boleh saya jumpa sekejap?” Satu suara yang sangat dikenalinya menyapa. Hanna menoleh. Pintu bonet belakang keretanya ditutup perlahan.

            “Waalaikumussalam. Ya Rafiq? Ada apa?” balas Hanna sambil tersenyum tawar. Patutlah Rafiq tidak mahu bertemunya di dewan kuliah tadi. Rupa-rupanya mahu berjumpa secara peribadi.

            “Ustazah tiba-tiba tarik diri daripada mengajar kami, adakah saya puncanya? Ustazah memang sengaja nak jauhkan diri dari saya bukan?” Rafiq terus mengutarakan persoalan yang mengganggu fikirannya dari tadi.

            Hanna tunduk. Soalan itu sebenarnya menuntut jawapan yang terlalu bersifat peribadi. Dia tidak mahu menjawabnya, tetapi dia tahu Rafiq akan terus bertanya selagi tidak mendapat jawapan yang dapat memuaskan hati. Lama juga Hanna terdiam, mencari-cari penjelasan yang sesuai.

            “Tak. Bukan sebab awak, Rafiq. Tapi sebab Allah.” Akhirnya terkeluar juga kalimah-kalimah hakiki daripada mulut kaunselor muda itu.

Ulasan Cikgu Zayu Berkenaan E-book 7RKDE

7hb Ogos 2013

ALHAMDULILLAH dengan keizinan-Nya saya telah ulang baca e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' ini sebanyak tiga kali. Nampaknya sentuhan saudara sahabat saya Tuan Amir Abd Hamid @ Resha Hamzah tidak mengecewakan saya.

Saya pernah membeli beberapa buah buku dan e-book panduan penulisan, dan e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' ini memberikan pendekatan berbeza kerana ia ditulis oleh seorang editor. Malah beliau berpengalaman menerima pelbagai ragam 'proposal' dan manuskrip daripada penulis dan bakal penulis.

               Nak terima atau tolak?

               Persoalan yang sentiasa berlegar-legar di kepala seorang editor.

               Mungkin persoalan ini tidak bermain-main lagi di fikiran seorang editor apabila menerima 'proposal' dan manuskrip tuan-tuan yang membaca e-book ini.

               Sejujurnya saya mengesyorkan tuan-tuan yang berminat untuk menghantar hasil karya ke syarikat penerbitan, sila dapatkan e-book panduan ini kerana ia bakal memudahkan proses penulisan kita. Insya-Allah.

               Kebanyakan perkara-perkara yang selama ini kita tidak ambil tahu atau tidak tahu, ditulis di dalam e-book panduan ini.

               Terima kasih dan sekalung tahniah buat Tuan Amir yang berusaha keras menghasilkan e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' ini.

               Semoga tuan-tuan juga peroleh manfaat.

               Jazakallahu khairan.

Yang Faqir

 Wan Zayuhisham Wan Yusoff @ Zayu Hisham

 29 Ramadan 1434H


ilhamwan.blogspot.com

Selasa, 20 Ogos 2013

Sinopsis Diperlukan Editor Untuk Mengelakkan Penulis Patah Semangat

Sinopsis buku atau novel adalah perkara penting yang diperlukan editor. Melalui sinopsis buku, editor boleh menilai sama ada buku atau novel calon penulis itu ditolak atau diterima.

Editor seboleh mungkin mahukan sinopsis yang ditulis calon penulis menjadi karya. Ini kerana editor memahami penat lelah calon penulis.

Jika perlu, editor akan mencadangkan pindaan yang perlu dibuat. Editor akan meminta calon penulis supaya meminda sinopsis.

Sebagai calon penulis, anda perlu memahami rentak penerbit yang mahu karya apa untuk diterbitkan. Sebab itu, penting untuk anda membaca karya-karya keluaran penerbit, menelaah rentak dan 'bunyi' penerbit sehinggalah anda tahu apa yang dikehendaki oleh penerbit.

Selepas anda tahu apa yang dikehendaki penerbit, barulah rancang sinopsis novel supaya editor tersenyum dengan sinopsis yang dihantar.

Editor tidak suka calon penulis patah semangat.

Jika gagal kali pertama hantar untuk kedua kalinya.

Calon penulis perlu kuat semangat
Buku Ilmu Kehidupan dijangka bestseller

Bonda Nor Meluahkan Perasaan Kepada Galeri Ilmu

Sudah ramai yang bertanya saya, bila novel saya akan berada di pasaran. Alhamdulillah, semalam saya terima update daripada editor Tuan Resha Hamzah. Insya-Allah dalam masa terdekat, novel Saya Tunggu Awak akan berada di rak-rak buku. Namun, bukan berita gembira itu yang ingin saya kongsikan hari ini. Ada sesuatu pengajaran berharga yang saya sempat kutip ketika proses penerbitan karya ini. 
 
Ini cover buku yang diberikan kepada saya. Sebenarnya, ini bukan tajuk dan cover yang saya cadangkan kepada pihak penerbit. Lain ... sangat lain! Jauh benar larinya! 
 
Sewaktu menerima cadangan daripada mereka tentang tajuk dan cover ini, saya menangis! Hati saya cukup memberontak! Saya hampir-hampir membatalkan sahaja perjanjian saya untuk menerbitkan buku bersama mereka. Sungguh, itulah yang saya rasa. Rasa marah, kecewa, rasa tidak dihormati, rasa diketepi. 
 
Saat ini saya rasa teruji dengan ilmu sendiri. Alhamdulillah, ilmu banyak memandu saya mengendalikan emosi. Saya tidak meluahkan kekecewaan saya kepada sesiapa ... saya hanya meminta pendapat rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan novel ini sejak ia mula ditulis lagi. Rata-rata mereka turut meluahkan kecewa. Mereka juga mahukan konsep asal reka bentuk dan seperti yang dijangka mereka tidak bersetuju dengan tajuk! 
 
Sekali lagi saya gelisah. Walaupun ini bukan hasil penulisan pertama saya, saya anggap ianya cukup istimewa kerana saya menulis novel ini tanpa pernah menghadiri sebarang kursus penulisan novel, tanpa pernah minat membaca novel apatah lagi untuk menghasilkan sebuah novel! Ianya cukup mustahil untuk dilakukan oleh saya.
 
Namun sungguh! Ia umpama satu tuntutan luar biasa. Umpama menerima satu arahan, saya tetap menghasilkannya sambil meriba bayi yang masih perlu disusukan. Hampir setiap malam jam tiga pagi, saya akan terjaga sendiri untuk menaip dan menghasilkan satu persatu perkataan hingga akhirnya terhasil novel setebal 640 muka surat ini! Sesuatu yang saya tahu saya tidak mampu buat tanpa ada 'kuasa' membantu yang Maha Hebat. Sebab itu saya terlalu sayangkan novel ini kerana menganggapnya anugerah dan amanah daripada Allah. 
 
Apabila berlaku konflik tajuk dan reka bentuk, tentu sahaja saya kecewa. Selepas puas menangis untuk melegakan hati, saya menghubungi editor dan cuba berunding lagi. Okey, jika tidak mahu tajuk asal saya, apa kata pilih salah satu daripada senarai tajuk-tajuk ini. Bla ... bla ... bla ... berderet-deret tajuk yang saya cadangkan. Saya anggap itu usaha terakhir saya. Namun, saya tetap memujuk hati saya. Saya solat Istikharah memohon bantuan pilihan daripada Allah. Benar, saya ada pilihan saya sendiri tetapi jika Allah sudah tentukan apa yang terbaik buat saya ... saya redha dan akan menerimanya dengan senang hati. 
 
Sewaktu menerima e-mel daripada editor, saya tersenyum membacanya. Dengan gaya bahasa yang cukup sopan dan menyenangkan hati, dia memaklumkan kepada saya bahawa keputusan musyawarah pihak penerbit sekali lagi 'berdegil' memilih tajuk yang sama. SAYA TUNGGU AWAK. Itu juga yang dipilih oleh mereka. Namun reaksi saya kali ini sungguh berbeza dengan penerimaan saya pada kali pertama. Secebis pun tidak ada lagi rasa kecewa. Saya malah bersyukur walaupun kesemua cadangan saya tidak diterima!
 
Aneh! Tiba-tiba saya jatuh cinta kepada tajuk ini, tiba-tiba saya rasa suka kepada reka bentuk cover novel yang diberi. Malah dalam hati, saya penuh yakin bahawa mereka lebih berpengalaman dengan apa yang mereka sudah biasa kendalikan. Subhanallah, betapa anehnya mainan perasaan. Sungguh, saya tiba-tiba bangga dengan keputusan mereka meskipun saya membantah pada awalnya.
 
Sahabat-sahabatku yang baik, 

Dalam hidup kita, akan ada saatnya di mana kita akan di uji dengan perkara-perkara yang kita anggap menyakitkan dan tidak memuaskan hati. Bersabarlah. Bukan semua yang baik pada pandangan kita, baik juga pada pandangan Allah. Dia lebih tahu. Ambil sedikit masa untuk menenangkan hati kita. Dari mana sebenarnya datang kekuatan untuk memujuk hati? Minta juga daripada Allah. Dia yang pegang hati kita. Jangan minta Dia bantu kita supaya kita menang, tetapi minta bantuan-Nya agar beri yang terbaik supaya apa pun yang berlaku selepas itu akan buat hati kita lebih tenang. 
 
Percayalah. Saya sudah melaluinya. 
 

Sumber: Bonda Nor

Sabtu, 17 Ogos 2013

Rumah Terbuka Prof. Kamil Ibrahim Meraikan Penerbit dan Media

Alhamdulillah pada petang tadi kami ke rumah Prof. Kamil Ibrahim untuk menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan beliau dan keluarga.

Menurut facebook Prof. Kamil, tetamu yang hadir kebanyakan daripada penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd, Wartawan Kosmo, Krew TV3, TV9 dan karyawan TV Al-Hijrah serta beberapa tetamu lain.

Tulisan di bawah saya petik daripada facebook beliau.

*************************************

Kami menerima hampir 100 tetamu. Majoriti tetamu adalah yang membantu memberi sokongan dakwah yang sedang kami usahakan.

Alhamdulillah, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Wartawan KOSMO, krew TV3, TV9 dan karyawan TV Al-Hijrah serta beberapa tetamu yang lain.

Chef Aroma antara Benua - Raudzah Roslan- menghidangkan (menghabiskan stok dapur) pelbagai jenis masakan daripada Nasi Kabuli, Daging Briyani, Hummus, Tabuleh ..... banyak!

Terima kasih atas sokongan.

Prof. Kamil dan isterinya juga editor-editor Galeri Ilmu serta tetamu

Berbincang isu penting bersama Pengarah Urusan Galeri Ilmu, Cikgu Abu Hassan Morad

Bersama orang kuat Galeri Ilmu

Senyuman siapa lebih menawan?

Penulis Jangan 'Simpan Kuku' Lama-lama

Di luar sana ada ramai calon penulis yang berbakat. Ada di antara mereka yang menulis karya hebat, menyimpan karya hebat dan mereka hebat menulis.

Namun apa yang merugikan mereka adalah mereka tidak tahu bagaimana manyalurkan karya hebat itu kepada masyarakat.

Mudahnya, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghantar karya mereka itu kepada penerbit.

Mereka bertanya, bagaimana mahu menghantar karya saya kepada penerbit? Bagaimana untuk bermula? Siapa yang perlu saya jumpa?

Kepada calon penulis yang mempunyai karya berguna untuk tatapan masyarakat, keluarkan karya anda.

Sekarang ada banyak penerbit yang mencari karya berkualiti.

Sebagai contoh, Galeri Ilmu, PTS, Must Read, Kemilau Publika, Jemari Seni, Karangkraf dan banyak lagi.

Sebagai calon penulis, 'jangan simpan kuku' terlalu lama, nanti susah mahu tajam lagi.

Puan Mawar Nafastari bersama karya suaminya yang hebat

Setiap penulis mempunyai prinsip mereka sendiri


Jumaat, 16 Ogos 2013

Penulis Buku Ilmu Kehidupan di SACC Mall Ahad Ini

Dapatkan di kedai buku berhampiran

Bicara Buku Ilmu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan

Tarikh: 18 Ogos 2013 Ahad
Masa: 2pm - 4pm
Tempat: SACC Mall

Bersama barisan penulis :
1. Prof. Muhd Kamil Ibrahim
2. Pn. Roza Roslan
3. Tn. Mohd Zaini Ariff
4. Tn. Sabtu M Ali
5. Pn. Noor Azma Mohamad Khassim

"ILMU KEHIDUPAN: Ringkas tapi Signifikan"

Ditulis oleh lima orang penulis, dan terbahagi kepada tujuh bahagian:
1. Mereka yang Hampir
2. Usahawan Akhirat
3. Di Hujung Senja
4. Hadis dan Amalan
5. Allah Maha Esa
6. Hidup Itu Indah

Sebuah buku yang ringkas namun pengisiannya memang signifikan. Membawa pembaca untuk merenung diri; bagaimana kita menjalani dan menghabiskan hayat di dunia ini untuk menempuh alam akhirat nanti.

Nota: 100% hasil royalti buku ini akan didermakan kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah. Dengan membeli buku ini, anda bukan sahaja mendapat ilmu di dalamnya, tetapi juga mendapat saham akhirat (membeli sambil beramal), insya-Allah.

Testimonial: E-book 7 Rahsia Karya Diterima Editor.

Saya telah selesai membaca e-book ini. Isi kandungannya mudah dan jelas untuk difahami. Lagi pula, ia ditulis oleh seorang Editor Perolehan yang berpengalaman menerima proposal dan manuskrip daripada para penulis. Sudah tentu banyak pengalaman yang beliau kongsikan. Dan, saya juga sudah berurusan dengannya lebih dua tahun sehingga banyak buku saya berjaya diluluskan untuk penerbitan. Tentu ada rahsianya.

               Kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang penulis yang bagus, saya syorkan anda membaca e-book ini. Dalamnya menceritakan bagaimana anda dapat menghantar proposal dan manuskrip yang dapat menarik minat editor sehinggalah buku anda terbit di pasaran.

               Anda juga dapat mengetahui ciri-ciri buku yang mendapat perhatian tinggi daripada pihak penerbit dan juga pembaca. Buku-buku yang memiliki ciri-ciri inilah yang akan diterbitkan.

               Ramai orang mahu menjadi penulis tetapi mereka kecewa apabila manuskrip mereka ditolak. Puncanya, manuskrip mereka tidak menepati kehendak editor yang mewakili pihak penerbit. Dengan adanya e-book ini, insya-Allah, anda tidak akan kecewa lagi.
 


Mohd Khairi bin Tajudin dilahirkan pada 2 September 1983 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

                Pada bulan Mac 2011, beliau menghadiri kursus penulisan novel Islami yang dikendalikan oleh Tuan Haji Zakaria Sungib, seorang editor senior di GISB. Habis kursus, beliau terus hantar sinopsis kepada editor perolehan, Tuan Amir Abdul Hamid. Setelah sinopsis dinilai, beliau diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan manuskrip itu. Beliau tidak membuang masa. Dalam masa tidak lebih daripada 20 hari, beliau menyiapkan manuskrip pertama yang pada mulanya diberi nama GOL! Ia ialah sebuah novel berkenaan perjuangan anak-anak murid sekolah agama rakyat (SAR) memburu kejuaraan bola sepak tujuh sebelah. Beliau mendapat idea itu berdasarkan pengalaman beliau bekerja di SAR. Sekarang ini pun, beliau masih lagi di sekolah itu. Nama sekolah terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang implikasi.

                Maka, dalam masa tiga bulan selepas itu, terbitlah Tariq United yang menggantikan judul asalnya atas nasihat penyunting, Cik Liana Omar yang sangat berpengalaman. Selepas itu, beliau terus mengorak langkah menulis novel seterusnya iaitu Budak Komik dan Budak U. Ketiga-tiga novel tersebut sudah berada di pasaran!

                Selain menulis novel, beliau juga menulis buku Himpunan Kisah Para Sahabat r.hum. Banyak lagi idea-idea beliau yang belum beliau tumpahkan ke atas kertas. Beliau begitu teruja sekarang ini dan mahu terus menulis dan menulis! Anda semua, doakan kejayaan beliau.:-)

Khamis, 15 Ogos 2013

Calon Penulis dan Dorongan Penulisan

Ramai calon penulis berasa keseorangan. Mereka tidak dapat bimbingan dan dorongan daripada sesiapa. Kebanyakan calon penulis tiada mentor dalam mengejar matlamat penulisan mereka.

Disebabkan ketiadaan motivasi dan dorongan karya banyak tertangguh. Idea luput ditelan zaman dan semangat untuk menulis kian luntur.

Di sini perlunya calon penulis untuk mempunyai mentor atau bergaul dengan penulis yang berpengalaman. Seorang calon penulis yang bergaul dengan penulis berpengalaman lebih mudah menyiapkan karya mereka.

Sebagai contoh, Cikgu Wan Zayu Hisham bergaul dengan ramai mentor beliau. Salah seorang mentor beliau adalah pengarah jabatan buku Galeri Ilmu iaitu Tuan Hj Zakaria Sungib.

Beliau bertanya, berdiskusi dan memerah idea bersama mentornya. Keputusan yang beliau dapat amat lazat. Karya beliau cepat siap dan beliau terus menulis sampai hari ini.

Dengan adanya dorongan karya mereka lebih mantap, mereka bertambah yakin dan mereka sentiasa ada idea baharu yang boleh diangkat menjadi karya hebat.

Selain daripada mencari mentor dan bergaul dengan penulis, calon penulis perlu menghadiri bengkel atau kursus penulisan.

Medan kursus memberi semangat, dorongan dan aura yang luar biasa untuk menghasilkan karya.

Sesudah mendapat semua itu, langkah seterusya adalah menulis dan terus menulis.

Mendorong penulis adalah kerja editor dan penulis sendiri

Mendorong pelajar menulis

Apabila terdorong kerja penulis dan editor menjadi mudah
 

Ulasan E-book: 7 Rahsia Karya Diterima Editor

Ramai bakal penulis menghubungi saya dan sahabat-sahabat penulis lain lalu bertanyakan soalan-soalan sebegini:
 
            Bagaimana untuk mula menulis?
 
Apa persediaan yang perlu dilakukan?
 
Bagaimana mahu menulis?
 
Apa perlu ditulis?
 
Bagaimana kaedah dan tatacaranya?
 
Menerusi e-book ini, penerangan tentang asas penerbitan diterangkan dengan begitu baik. Bakal penulis bakal mengetahui apakah sebenarnya rahsia bagi membolehkan karya disukai dan diterima editor. Apa pula sebab-sebab karya ditolak? E-book ini akan merungkai segala kekusutan anda.
 
            Meskipun e-book ini ditulis oleh editor daripada syarikat Galeri Ilmu, tidak bermakna intipati ini tidak boleh digunakan untuk penerbit-penerbit lain. Beza antara penerbit hanya hala tuju dan jenis penerbitan dan tatacara/kaedah penerbitan rata-ratanya sama sahaja. Tidak ramai penulis baharu yang arif dengan hal tatacara ini menyebabkan mereka menyerbu editor sesuka hati lantas menyebabkan karya ditolak atas sebab format/fokus tidak sehaluan dengan penerbit atau lebih teruk, e-mel terus tidak diendahkan editor (bayangkan jika yang sampai itu hanya e-mel dengan attachment tanpa sebarang ayat rasmi. sudah pastinya akan dianggap sebagai SPAM!).
 
             Di samping itu, terdapat beberapa lampiran mengenai surat rasmi yang boleh diteliti oleh pembaca. Sangat membantu kepada mereka yang masih bertatih dalam bidang penulisan dan penerbitan ini.
 
            Saya mengharapkan akan ada sambungan kepada e-book ini kerana terasa tidak puas membacanya!
 
            Semoga pembacaan e-book ini bukan sekadar menjadikan anda penulis yang karyanya diterima editor, tetapi juga dihormati atas sebab tatacara yang betul dan sopan.
 
              Tahniah kepada penulis dan penerbit.
 
Shahkang
5 Ogos 2013

 (flickr.com) (google image)
Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib, iaitu seorang lulusan kejuruteraan mekanikal di University of Manchester. Seorang penulis kreatif yang menceburi bidang sajak, cerpen dan artikel. Aktif dalam persatuan penulis Malaysia seperti Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan PENA. Karya-karya pernah disiarkan di media arus perdana dan majalah bulanan seperti di Berita Minggu, Utusan Malaysia, Tunas Cipta dan Buletin Bicara UK-EIRE.

Rabu, 14 Ogos 2013

Novel Pilihan Bahan Bacaan Orang Muda

August 13, 2013

KUALA LUMPUR – Novel menjadi antara pilihan bahan bacaan utama rakyat Malaysia terutama generasi muda.

Menurut Perpustakaan Negara Malaysia, pada tahun lepas subjek yang paling mendapat perhatian pembaca di perpustakaan ialah novel/fiksyen yang mendominasi peratus pinjaman tertinggi dengan 57.6 peratus atau 775,554 naskhah setahun.

Pakar Psikologi Universiti Putra Malaysia Dr. Siti Irma Fadhilah Ismail berkata rata-rata golongan muda di negara ini menjadikan novel sebagai bahan bacaan utama apabila kebosanan dan ada antara mereka menjadikannya sebagai hobi.

Ini, katanya, kerana isi kandungan novel yang santai, ditambah pula dengan pendekatan baharu berkonsep ‘Fixi’, iaitu karya baharu yang bersifat urban dan masa kini, serta tidak membebankan fikiran, membuatkan mereka memilih untuk membacanya.

“Individu yang membaca novel dapat mencetuskan imaginasi yang tinggi dengan watak-watak yang disediakan dalam novel,” katanya kepada Bernama.

Siti Irma Fadhilah berkata otak memerlukan kepelbagaian bagi menyelesaikan masalah dan dengan membaca novel, individu dapat berfikir di luar daripada kebiasaan untuk membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

“Keupayaan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berada di tahap yang tinggi pada pembaca novel,” katanya.

Sementara itu, pelajar jurusan Media Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Nur Sarah Ismail, 23, yang meminati novel ‘Fixi’ berkata novel itu mempunyai pendekatan yang segar kerana gaya penulisannya yang menarik dan boleh dikaitkan dengan kehidupan golongan muda.

“Novel Fixi ini mengajak pembaca turut sama menjelajah dunia imaginasinya dan berfikir cara penyelesaian misteri dalam novel tersebut,” katanya kepada Bernama.

Siswazah Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) Nur Fareeda Ahmad, 20, berkata beliau memperuntukkan untuk membeli dua buah novel dalam sebulan.

Nur Fareeda yang mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan berkata membaca novel juga dapat meningkatkan penguasaan bahasanya di samping menjadikan dirinya seorang yang lebih matang dalam berfikir. – BERNAMA

Jumaat, 2 Ogos 2013

Terbit Buku Sendiri Atau Terbit Dengan Penerbit

Terbit buku sendiri merupakan idaman ramai penulis. Mereka sangka dengan menerbitkan buku sendiri, mereka bebas berkarya, bebas memilih dan bebas menjual.

Namun berapakah jumlah modal untuk menerbitkan buku sendiri? Ramai yang menyangka terbit buku sendiri semudah dengan siapkan karya dan hantar pada kilang cetak!

Semakin mudah terbit buku sendiri semakin cepat mereka berwang. Ini tanggapan salah yang perlu dibuang jauh-jauh.

Bisnes terbit buku sendiri adalah bisnes yang memerlukan modal yang besar. Ianya tidak mudah, berisiko dan memerlukan kemahiran-kemahiran yang pelbagai.

Lihat pasaran, berapa ramai antara penulis yang menerbitkan buku mereka sendiri. Berapa yang berjaya? Berapa yang gagal?

Mulakan terbit buku dengan penerbit yang berkredibiliti. Anda hanya 'tuang idea' dan modalnya zero!

Sebagai contoh anda boleh terbitkan buku anda bersama Galeri Ilmu, PTS, Must Read, Karangkraf dan sebagainya.

Beli e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' di sini.

Puan Mawar terbitkan karya suami beliau bersama Galeri Ilmu

Diari Seorang Diplomat: Hikmah Yang Tersirat

Biar penerbit bantu terbit buku anda

Antara Isi Kandungan Karya Diterima Editor


Bab 1: Bahan Yang Diterima Editor
Bab 2: Ciri-Ciri Karya Yang Dimahukan
Bab 3: Jenis Karya Yang Diterima Oleh Penerbit
Bab 4: Ciri-Ciri Karya Yang Disukai Editor
Bab 5: Perkara Yang Disukai Editor Mempengaruhi Karya Yang Diluluskan Penerbit
Bab 6: Ciri-Ciri Penulis Yang Disukai Oleh Editor
Bab 7: Cara Terbaik Untuk Karya Diluluskan Editor/Penerbit
Soalan Bonus
Lampiran
Dapatkan e-book 7 Rahsia Karya Diterima Editor KLIK DI SINI

*E-book ini disampaikan dalam bentuk kajian kes (case study), RAHSIA ini boleh diadaptasi untuk semua buku dan penerbit.

E-book 7 Rahsia Karya Diterima Editor - Jualan Kini Dibuka

RM20.00 sahaja
Sebelum menghantar karya anda kepada editor atau penerbit, anda seharusnya memahami 7 aspek utama dalam penghasilan sesuatu buku mengikut kaca mata editor:

1. Bahan yang diterima editor
2. Ciri-ciri karya yang dimahukan penerbit
3. Jenis karya yang diterima penerbit
4. Ciri-ciri karya yang disukai editor
5. Perkara yang disukai editor (ini mempengaruhi karya yang diluluskan penerbit)
6. Ciri-ciri penulis yang disukai editor
7. Cara terbaik untuk karya diluluskan editor / penerbit

Kepada bakal penulis, ketahuilah 7 aspek penting di atas.
Kepada para penulis, tingkatkanlah skil anda berkarya.

Ya ... bertindak segera!
Masa tidak menunggu kita.
Buat editor jatuh cinta pandang pertama membaca karya anda sekarang!

Selamat bertindak.
Dapatkan e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor'  pada harga RM20.00 dengan membuat pesanan melalui e-mel hamzah125@gmail.com atau KLIK DI SINI untuk tempahan.

Bonus: E-book ini juga memberi contoh format dan lampiran yang sangat membantu untuk anda menghantar karya.

Terima kasih.

Khamis, 1 Ogos 2013

Karya Yang Editor Suka

·      Pengalaman. Tulis atas dasar pengalaman. Semakin benar kisah yang ditulis, semakin dekat dengan jiwa pembaca kerana novel tersebut berdasarkan kisah benar penulis, cuma ditokok tambah agar lebih sesuai dengan pasaran semasa. Seperti novel VT (Hilal Asyraf) dan Tariq United (Khairy Tajudin), kedua-dua novel ini memberi kesan yang positif dari sudut sambutan begitu juga dengan buku novelet bestseller, Cinta High Class (Fatimah Syarha & Farhan Hadi) yang ditulis atas dasar pengalaman masing-masing dan tidak dibuat-buat penceritaannya.


·    Nilai tarbiah. Masukkan elemen nilai tarbiah berkadar dengan latar belakang penulis. Jika memang penulis belajar atau bekerja dalam bidang agama, memang layak penulis kerap memasukkan ayat al-Quran dan hadis yang dipelajari. Namun sebaliknya jika penulis bukanlah berlatarbelakangkan bidang agama, sebaiknya tidak mewajibkan meletakkan ayat al-Quran dalam setiap bab yang ditulis bagi mengelakkan kesilapfahaman ayat tersebut ditafsirkan.

Tuan Khairi Tajudin menceritakan pengalaman beliau 


Tuan Iwan Ghazali dan pereka layout Galeri Ilmu, Tuan Alif Elyas


Hadir ke pejabat Galeri Ilmu untuk mengetahui pasaran buku semasa